QGAM adalah singkatan dari Quranic Group Annual Magazine yang merupakan majalah tahunan Badan Dakwah dan Rohani SMK(A) Falahiah. Majalah ini awalnya bernama Majalah Tahunan Quaranic Group dan telah mengalami beberapa kali perubahan nama hingga menjadi QGAM, dengan tujuan untuk mempertahankan kegemilangan usrah di sekolah tersebut.
1. QGAM merupakan singkatan kepada Quranic Group Annual
Magazine yang merupakan majalah tahunan Badan Dakwah Dan
Rohani SMK(A) Falahiah.Majalah ini merupakan titik permulaan
Badar untuk melangkah dari masa ke semasa di samping
mengorak langkah bagi mencapai visi dan misi sekolah.
QGAM yang pada asalnya dinamakan “ Majalah Tahunan
Quaranic Group”merupakan cetusan idea yang telah dipersetujui
oleh perwakilan dalam persidangan Muktamar Sanawi pada tahun
2001.Ini bermakna,badar pada tahun 2002 bertangungjawab
menerbitkan edisi sulung majalah ini dan berjaya mendapat
sambutan yang amat mengalakkan.Majalah ini telah diubahsuai
dari tahun ke setahun untuk memantapkan lagi hasilnya.
Bermula pada tahun 2003,majalah ini telah bertukar nama kepada
“QG Annual Magazine”.Majalah ini diterima baik oleh para
pendokong BADAR dan berharap agar majalah ini diteruskan
oleh generasi seterusya.
Lantaran kepudaran Usrah yang melanda pada akhir-akhir
ini,Jabatan Usrah pada tahun 2010 mengambil inisiatif
megemaskinikan lagi majalah tersebut sebagai mangkin yang
efektif bagi memastikan kegemilangan usrah di bumi Falahiah ini
terus berkekalan.”QG Annual Magazine”akhirnya bertukar nama
kepada “QGAM” dengan membawa satu nafas baru kepada usrah
di Falahiah.
“QGAM” ditebitkan bertujuan untuk memuatkan memori dan
kenangann indah usrah yang diadakan di Falahiah.QGAM juga
merupakan medium perantaraan BADAR bagi memanifestasikan
“Usrah Tunjang Tarbiah”.